Wednesday, January 20, 2010

Adakah Peluang Menjadi Kaya Telah dimonopoli

Salam

Mukaddimah,
"Terdapat peluang yang banyak bagi mereka yang bergerak mengikut arusnya berbanding mereka yang cuba menentangnya"...

MELAKUKAN KERJA DENGAN CARA YANG TEPAT

1. Anda mungkin seorang yang paling miskin di dalam dunia ini dan mempunyai hutang keliling pinggang. Anda mungkin tiada KAWAN-KAWAN, PENGARUH, ataupun sumber-sumber asas, tetapi apabila anda mula melaksanakan kerja dengan cara yang tepat, kekayaan akan pasti menjadi milik anda. Jika anda tiada modal, anda akan memperolehi modal.

Melakukan yang terbaik di dalam bidang yang bersesuaian dengan persekitaran anda serta melakukannya dengan cara yang tepat, pasti akan menghasilkan kejayaan.

2. Tiada manusia yang kekal dalam kemiskinan disebabkan oleh peluang yang dirampas darinya ataupun kerana orang lain telah meMONOPOLI kekayaan yang ada dan mengawal dengan ketat.

Anda mungkin dihalang dari terlibat dalam bidang perniagaan tertentu, namun masih terdapat saluran-saluran lain yang terbuka untuk anda.

"Kenalah pening dulu, barulah ada peningKatan" =====>
Ke Arah Peningkatan


MENINGKATKAN KEHIDUPAN

1. Anda mesti membuang pendapat lapuk yang menyatakan bahawa Allah menginginkan anda supaya hidup miskin ataupun bermatlamat meletakkan anda dalam kemiskinan.

"Tidak salah mengidam untuk menjadi kaya. Keinginan pada kekayaan sebenarnya ialah kemahuan untuk sebuah kehidupan yang mewah, sempurna dan melimpah ruah dan kemahuan sebegini wajar dipuji".

2. Apa yang diminta ialah anda patut menggunakan sepenuhnya keupayaan yang ada pada diri anda sendiri dan untuk orang lain dan anda boleh membantu orang lain dengan lebih baik lagi menggunakan sepenuhnya keupayaan diri anda sendiri selain dari keupayaan-keupayaan lain yang ada.

3. Anda berupaya menyerlahkan sepenuhnya diri anda hanya dengan menjadi kaya. Adalah benar dan disanjung tinggi bahawa anda patut mendahulukan diri anda sendiri serta memikirkan yang terbaik dalam usaha untuk mendapatkan kekayaan.

"Tepuk Dahi, Tanya Minda", ====> Ke Arah
Kesejahteraan


PERSAINGAN

i. Anda harus kikiskan fikiran mengenai persaingan.

ii. Anda tidak perlu membuat penawaran yang terlalu mendesak.

iii. Anda tidak perlu menipu atau mengambil kesempatan.

iv. Anda tidak perlukan orang lain bekerja untuk anda bagi pendapatan kurang dari yang didapatinya.

Anda menjadi pencipta bukannya pesaing. Anda akan mendapat apa yang anda mahukan tetapi dengan cara bila mana anda dapatkannya, orang lain akan mendapat lebih dari apa yang dimilikinya sekarang.

Tuntut Hak Anda ====>Hak Menjadi Kaya

Percayalah bahawa Alam Semesta menginginkan anda mempunyai segala-galanya yang anda mahukan.

Alam Sekeliling berhubung mesra dengan rancangan kehidupan anda.

Segala-galanya dijadikan untuk anda.

Buatlah keputusan bahawa semua ini adalah benar.

"Hanya Allah yang mengetahui"


Reezal Al-Haj

0 comments:

Post a Comment